Perang bersejarah, Masjid Al-Aqsa akan dibebaskan

- Advertisement -

INDIVIDU misteri yang masyhur dan sering dinantikan kemunculannya.

Langsung tiada maklumat berkenaan beliau selain gelaran, jawatan dan serban merah yang menampakkan mata.

Inilah Abu Ubaidah, jurucakap rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam.

Susuk pemuda Palestin yang menggugat musuh tanpa pedang, hanya dengan kalam.

Pada 2006 beliau muncul pertama kali bagi mengumumkan penangkapan askar Israel, Gilad Shalit. Hari ini 2023 beliau muncul lagi bagi mengumumkan kemenangan buat umat Islam!

“Perang kali ini akan tercatat dalam sejarah pembebasan Al-Aqsa!” – Abu Ubaidah

Dengan lisannya, rakyat Palestin yang sudah digasak hebat selama 26 hari terus gagah mempertahankan tanah air. Jiwa-jiwa yang hampir putus asa juga kembali bangkit meyakini janji-Nya.

“Selagi mana Abu Ubaidah baik, maka kami juga baik-baik sahaja,” ucap rakyat Palestin.

Suara beliau jauh lebih mengasyikkan daripada lagu mahupun syair yang ada.

Kalimahnya jelas, teratur, tenang dan mempunyai roh yang mampu menghidupkan hati.

Ucapanmu wahai Abu Ubaidah, menebarkan rasa bangga, kemuliaan, keberanian dan kekuatan dalam diri kami terhadap agama ini. 

Bahkan Abu Ubaidah lebih dipercayai oleh rakyat Israel berbanding Netanyahu! 

Kenalkanlah Abu Ubaidah ini kepada anak-anak kita. 

Biarkan mereka belajar daripada Abu Ubaidah yang turut mengingatkan kita kepada dua Sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ubaidah al-Jarrah R.A serta Tsabit Ibn Qais.

Ceritakan kepada generasi muda mengenai kehebatan Abu Ubaidah al-Jarrah R.A yang menjadi panglima perang serta disebut oleh Baginda sebagai orang yang dipercayai.

Berperwatakan sederhana namun di bawah kepimpinannya tentera Islam berjaya membuka kota Baitul Maqdis, Palestin!

Ceritakan juga kepada mereka mengenai Tsabit Ibn Qais. Seorang Sahabat yang dilantik menjadi jurucakap Rasulullah S.A.W.

Mahir bersyair, kata-katanya jelas, bahasanya indah dan suaranya menaikkan semangat orang yang mendengar.

Segalanya dilakukan atas dasar iman sehingga kedua-dua Sahabat ini termasuk dalam kalangan mereka yang dijamin syurga.

Sebuah cita-cita bagi setiap mukmin. Dan inilah juga cita-cita para pejuang Palestin.

Persis ayat yang sering diulang Abu Ubaidah di setiap akhir ucapannya,
“إنه لجهاد نصر أو استشهاد”

- Advertisement -

“Sesungguhnya ini ialah jihad, sama ada kemenangan atau kesyahidan!”

Semoga Allah panjangkan umur Abu Ubaidah, memberkati dan menjaganya. Sekian.

USTAZ NASRUN OTHMAN
Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah
2 November 2023 – HARAKAHDAILY 2/11/2023

- Advertisement -