Nak solidariti tapi kena jaga hati pihak tertentu?

- Advertisement -

MALAYSIA sejak dahulu terkenal sebagai negara yang paling kuat menyokong Palestin.

Tapi selepas baca perkongsian daripada seorang YDP PIBG, saudara Muhamad Nasron terus rasa malu dan geram.

Berjuta-juta Ringgit sumbangan telah rakyat bagi.

Beratus ribu turun ke himpunan solidariti.

Anak-anak ambil inisiatif buat demo di Roblox sehingga viral di media sosial. Francais yang menyokong Israel juga kosong tak ada pelanggan.

Rakyat Malaysia berusaha dengan segala cara untuk menyokong dan membantu saudara kita di Palestin.

Malangnya di sisi lain, bertalu-talu kenyataan dikeluarkan oleh golongan yang kononnya ‘pencinta kedamaian’ mengkritik Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah.

Lebih menyedihkan dan memalukan, suara dan tekanan daripada kelompok ini disambut oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Begitu hendak menjaga hati rakan sehinggakan solidariti diberi seribu satu larangan dan peraturan.

Bayangkan Minggu Solidariti Palestin tapi tak dibenarkan memihak, tak boleh laung takbir, tak boleh baca qunut nazilah, tak boleh bawa bendera. 

Kita berada di Malaysia atau Israel? Kita nak ajar anak kita apa sebenarnya? Kita nak bertolak ansur dengan siapa?

Apalah nasib kita dikurniakan pemimpin pengecut sebegini. 

Sedih. Tanpa sedar usaha normalisasi Israel telah menyerap masuk ketika kita dan majoriti rakyat berjuang habis-habisan di semua platform untuk menyatakan sokongan kepada Palestin.

Sekian. 

USTAZ MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 1/11/2023

- Advertisement -
- Advertisement -