Lanjut usia bukan penghalang berjuang

Jamil Senik
- Advertisement -

SHAH ALAM: Lanjut usia bukan penghalang untuk terus berjuang dan istiqamah dalam PAS.

- Advertisement -

Perwakilan As-Sabiqun Pahang, Jamil Senik berkata, golongan awal sudah pasti mempunyai pelbagai pengalaman dan idea untuk dimanfaatkan kepada perjuangan.

“Apa tujuan kita hadir hari ini, sudah tentu tujuannya bagi memastikan kita terus memberi sumbangan tanpa memandang usia sebenar.

“Contohi sahabat Nabi seperti Abu Ayub Al-Ansari yang tetap berjuang walaupun sudah lanjut usia,” katanya ketika berucap pada sesi perbahasan sempena Konvensyen As-Sabiqun di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, ahli As-Sabiqun waijb memastikan ahli keluarga terus bergerak bersama wadah PAS.

“Kita harap As-Sabiqun dapat memastikan anak-anak untuk bergerak bersama PAS, sama ada di peringkat negeri atau kawasan.

“Selain itu, kita juga boleh wujudkan satu program perkongsian pengalaman bersama anak muda,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 19/10/2023

- Advertisement -