As-Sabiqun, ‘remaja purba’ lalui pelbagai ranjau

Ustazah Fatimah Ismail
- Advertisement -

SHAH ALAM: Golongan As-Sabiqun sebagai remaja purba telah melalui pelbagai ranjau dan duri dalam perjuangan.

- Advertisement -

Perwakilan As-Sabiqat, Ustazah Fatimah Ismail berkata, istiqamah ialah kurniaan Allah yang tiada tandingan.

“Golongan awal ini kaya dengan pengalaman yang tiada tolak bandingnya, maka di atas dasar ini jangan sesekali memandang rendah kepada mereka.

“Contohnya pada setiap pilihan raya, mereka menjadi antara kumpulan awal yang turun ke lapangan.

“As-Sabiqun menjalankan kerja memasang bendera manakala As-Sabiqat pula bermunajat kepada Allah agar dikurniakan kemenangan,” katanya ketika sesi perbahasan pada Konvensyen As-Sabiqun kali ke-3 di Hotel De Palma, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, jalankan peranan dengan mendekati masyarakat bawah dengan apa jua usaha yang mampu.

“Kita perlu turun padang menyantuni masyarakat terutamanya pengundi saluran satu yang mana sebeum ini di seluruh negara di dominasi oleh Umno.

“Ceritakan bahawa kita ini calon jenazah, jadi kita mempunyai peranan dan tanggungjawab supaya berada di gelanggang perjuangan Islam,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 19/10/2023

- Advertisement -