Basmi gejala dadah perlu kerjasama semua pihak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengharapkan kerjasama semua pihak untuk mengawal dan seterusnya membasmi gejala dadah di negeri ini.

- Advertisement -

Justeru, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Wan Roslan Wan Hamad, kempen dan kesedaran kepada masyarakat sentiasa diadakan dari masa ke semasa.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas menghadiri majlis Perasmian Program Seminar Pemerkasaan Kepimpinan Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) dan Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Puspen Peringkat Kebangsaan yang diadakan di ibu negara, malam tadi.

Program berkenaan dirasmikan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Sutekno Ahmad Belon

Beliau turut berharap gejala dadah dapat dikawal dengan sebaik-baiknya yang memerlukan kerjasama semua pihak.

“Itulah antara tujuan seminar ini dianjurkan dan begitulah juga hasrat dan harapan kerajaan negeri semoga musuh nombor satu negara dapat ditangani sebaiknya,” ujarnya.

Roslan turut berharap program seumpama itu dapat membantu JKPD dan ALP Puspen di peringkat daerah dalam menangani isu dadah setempat. – HARAKAHDAILY 8/10/2023

- Advertisement -