Dun Kelantan dapat Speaker baharu?

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kesemua 45 Adun yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lepas dijangka mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) pada sidang khas pagi esok.

- Advertisement -

Sidang khas itu bermula dengan pelantikan Speaker Dun Kelantan. Difahamkan bekas Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar akan dilantik sebagai Speaker Dun baharu.

Menurut sumber rapat dengan Kota Darulnaim, Mohd Amar akan menggantikan Dato’ Abdullah Ya’kub sebagai Speaker Dun Kelantan.

Beliau akan mengangkat sumpah menerima jawatan berkenaan di hadapan Menteri Besar Datuk Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Manakala Adun Kok Lanas Dato’ Mohamed Farid Mohamed Zawawi pula dijangka dilantik sebagai Timbalan Speaker menggantikan Adun Bukit Panau Dato’ Abdul Fattah Mahmood.

Sidang khas itu dijangka bermula jam 9.15 pagi.

Sebelum ini Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berada di kerusi Timbalan Menteri Besar selama dua penggal. Pada penggal ini beliau berada di posisi berbeza bagi melancarkan perjalanan persidangan Dun.

Pada PRN lepas Perikatan Nasional (PN) Kelantan memenangi 43 kerusi Dun, manakala pembangkang menang di Dun Galas, Gua Musang dan Kota Lama di Kota Bharu. – HARAKAHDAILY 4/9/2023

- Advertisement -