Selepas setahun menduda Wan Roslan miliki pengganti

- Advertisement -

KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat hari ini memasuki pejabat baharunya di MABNA MBI dengan diiringi isterinya Nurfariza Mhd Hassan, 38, pagi tadi. (Foto atas)

- Advertisement -

Beliau yang baharu melangsungkan perkahwinan Selasa lepas, selepas majlis angkat sumpah sebagai anggota Exco Kerajaan Kelantan.

Ketika ditemui di pejabatnya beliau memberitahu, isterinya berasal dari Kampung Alor Pasir, Wakaf Bharu.

“Alhamdulillah, sama-sama orang Tumpat juga,” katanya yang kelihatan ceria.

Beliau mengambil masa hampir setahun satu bulan mencari pengganti selepas kematian isterinya Wan Norihan Wan Ab Rahman, 54, pada Julai tahun lalu.

Arwah meninggal dunia akibat paru-paru berair di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lepas Wan Roslan mengalahkan Dato’ Zulkifli Abdullah (Barisan Nasional) dengan majoriti 6,040 undi. – HARAKAHDAILY 17/8/2023

- Advertisement -