Calon baharu lantik bekas ADUN jadi penasihat

Kamaruzaman Mohamad (kiri) dan Dato’ Mohamad Awang, menunjukkan isyarat bagus.
- Advertisement -

PASIR MAS: Bekas ADUN Gual Periok, Dato’ Mohamad Awang bertindak sebagai pencadang kepada calon baharu PAS di DUN berkenaan yang mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN), Kamaruzaman Mohamad.

Kehadiran Ustaz Mohamad menjadi tumpuan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di Dewan Utama Komplek Apam Putra di Bandar Baharu Pasir Mas.

- Advertisement -

Ketika ditemui beliau berkata, protes menurunkan bendera PAS baru-baru ini sekadar silap faham dalam kalangan penyokong di kampung.

“Saya menasihati mereka yang terbabit dan memanggil semua penghulu supaya memberi sokongan padu kepada Kamaruzaman sebagai calon PAS mewakili orang muda.

“Saya juga membantu kempen beliau dan akan turun padang bagi menarik sokongan pengundi di DUN Gual Periok,” katanya.

Sementara itu Kamaruzaman berkata, beliau bertuah kerana turut dibantu bekas ADUN Gual Periok yang mengetahui selok belok terutama ketika berdepan PRN.

Katanya, beliau sentiasa merujuk bekas ADUN terbabit berkaitan hal-hal PRN dan menjadikan beliau sebagai mentor dan penasihat.

“Insya-Allah, saya akan berusaha memberi yang terbaik memandangkan DUN Gual Periok merupakan kawasan yang dinaungi PAS sejak tiga penggal,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 29/7/2023

- Advertisement -