‘Tiada sebab saya nak letakkan kapak di TikTok’

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

YAN: Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan bahawa akaun media sosial (TikTok) miliknya memaparkan senjata sehingga menjadi punca dikenakan sekatan.

- Advertisement -

Menurutnya, tiada gambar senjata sama ada keris, kapak atau yang mempunyai kaitan dengan unsur keganasan dipaparkan di media tersebut.

“Saya dah periksa, memang tak ada. Bukan kata kapak, minyak cap kapak pun tak ada. Tiada sebab untuk saya nak letakkan kapak di paparan TikTok saya,” jelasnya ketika ditemui sebaik sahaja selesai Majlis Serahan Geran dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi Daerah Yan, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Muhamed Fadzil menjelaskan sekatan terhadap akaun TikTok Menter Besar terbabit baru-baru ini dipercayai memaparkan senjata seperti kapak dan keris.

Dalam masa yang sama, Muhammad Sanusi sebelum ini menyifatkan TikToknya disekat sebagai usaha menyekat kemaraan menjawab serangan ke atas beliau menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

“Bagi saya tidak munasabah langsung seorang menteri menyifatkan terdapat unsur ugutan jenayah di media TikTok saya,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 24/7/2023

- Advertisement -