‘Sekarang tidak sama zaman ibu bapa kita dahulu’

- Advertisement -

KUANTAN: “Zaman sekarang penuh dengan cabaran, tidak sama dengan zaman ibu bapa kita dahulu,” ujar Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor.

- Advertisement -

Menurutnya, zaman sekarang pelbagai masalah sosial timbul dalam masyarakat.

Oleh itu, katanya guru-guru bukan sahaja perlu menyampaikan ilmu bahkan perlu mendidik pelajar dengan akhlak yang murni.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kursus Guru SRITI Negeri Pahang, di sini, hari ini.

“Kita semua maklum, sekolah harian lebih memberi fokus kepada akademik. Tapi silibus SRITI perlu ada kelainan, perlu beri keutamaan kepada kefahaman agama, selari dengan visi SRITI melahirkan generasi soleh,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah SRITI negeri Pahang, Abdul Rahman Abu Kasim memberitahu, kursus itu diadakan sebagai pendedahan guru SRITI yang baru berkhidmat berkaitan asas pengajaran dan pemudahcaraan (PDPC).

“Kira-kira 80 orang guru daripada 15 buah SRITI dari seluruh negeri Pahang menghadiri kursus ini,” ujarnya.

Menurutnya, mereka turut diberikan pendedahan berkaitan soft skill seperti kawalan dalam kelas dan teknik interkasi dua hala dengan murid. – HARAKAHDAILY 16/7/2023

- Advertisement -