Mangsa kebakaran usaha teruskan perniagaan keropok

- Advertisement -

KUANTAN: Mangsa kebakaran, Mohamad Hafiz Bolia di Kampung Balok, dekat sini menghargai sumbangan yang disampaikan Ahli Undangan Negeri (ADN) Beserah Andansura.

- Advertisement -

Menurutnya, Andansura datang sebaik sahaja berlaku kejadian kebakaran, kelmarin.

“Saya tidak diberi bantuan sebagaimana dua keluarga mangsa yang lain kerana rumah saya bersekali dengan kedai.

“Setelah semuanya musnah, kini saya terpaksa bangunkan semula perniagaan keropok saya kerana itulah punca pendapatan rezeki untuk menyara keluarga,” ujarnya dengan nada yang sayu.

Katanya, kos yang diperlukan adalah sebanyak RM60,000 termasuk membaik pulih semula bangunan kedai dan kelengkapan barang perniagaan.

Beliau yang mempunyai empat orang anak dan dua orang yang telah bersekolah turut menerima sumbangan daripada guru-guru sekolah tempat anaknya belajar.

Sementara itu, Andansura ketika dihubungi berkata pihaknya telah memberi sedikit bantuan pada hari kejadian. (Foto atas)

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta meredakan kesedihan yang dialami mangsa kebakaran.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Beserah Tengah telah menyerahkan bantuan kewangan hasil daripada kutipan orang ramai di cawangan itu semasa ziarah prihatin pada hari tersebut.

Kebakaran yang berlaku pada awal petang kelmarin melibatkan dua buah kedai dan dua buah rumah sewa.

Siasatan awal dari Jabatan Bomba mendapati ia berkemungkinan berpunca daripada litar pintas. – HARAKAHDAILY 10/7/2023

- Advertisement -