Pemimpin PAS pamer wibawa terajui kementerian

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sepanjang berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri di bawah kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) pemimpin PAS membuktikan mereka mampu mengurus tadbir dengan baik.

- Advertisement -

Timbalan Presiden Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, orang ramai boleh melihat sendiri kebolehan tiga menteri dan lima timbalan menteri yang mewakili PAS.

Begitu juga katanya, pencapaian empat negeri yang ditadbir PAS iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis begitu memberangsangkan.

“Pembahagian tanah kepada rakyat yang layak berjaya diselesaikan. Begitu juga pembangunan negeri dilaksanakan.

“Sebagai contoh selepas mentadbir Kedah, geran tanah yang dimohon rakyat banyak diselesaikan selepas hampir 40 tahun penduduk menunggu.

“Kita berjaya selesaikan lebih 7,000 geran tanah yang dimohon rakyat sejak sekian lama,” katanya pada slot Diskusi 45 Minit – PRU 6 Negeri: Referendum Rakyat yang disiarkan Kelantan TV malam tadi.

Program itu dikendalikan Azimi Mahmood dari Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri.

Begitu juga di Terengganu Tuan Ibrahim berkata birokrasi yang berlaku sebelum ini diatasi dengan memendekkan tempoh masa rakyat menunggu untuk mendapat geran hak milik.

Ketika era pentadbiran kerajaan PN tiga pemimpin PAS dilantik sebagai Menteri iaitu Tuan Ibrahim, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Idris Ahmad.

Manakala timbalan menteri iaitu Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary, Datuk Awang Hashim, Datuk Ahmad Amzad Hashim dan Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.

Sementara itu, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Annuar Musa turut mengakui kewibawaan pemimpin PAS ketika diberi tanggungjawab sebagai menteri dan timbalan menteri.

Katanya mereka mampu berkhidmat dengan baik biarpun tiada pengalaman sebelum itu. – HARAKAHDAILY 6/7/2023

- Advertisement -