Palsu dan fitnah semata-mata – Takiyuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menegaskan bahawa kenyataan media bertajuk ‘PAS Akan Terus Mempertahankan dan Membela Nasib Kaum Melayu dan Islam Sahaja’ adalah palsu dan fitnah semata-mata.

- Advertisement -

Menurutnya, kenyataan bertarikh 24 Jun 2023 atau nama beliau itu adalah cubaan pihak tertentu untuk memburukkan PAS dan mempunyai niat yang tidak baik.

“Kenyataan Media bertajuk ‘PAS Akan Terus Mempertahankan dan Membela Nasib Kaum Melayu dan Islam Sahaja’ bertarikh 24 Jun 2023 adalah palsu dan fitnah semata-mata.

“Ia nyata cubaan pihak tertentu untuk memburukkan PAS dan mempunyai niat yang tidak baik,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu dalam hantaran di laman Facebook beliau. – HARAKAHDAILY 27/6/2023

- Advertisement -