DAP tidak bersih, gagal bawa kemajuan untuk rakyat

Para pemimpin DAP terbabit banyak kes rasuah

- Advertisement -

PERMATANG PAUH: DAP bukanlah sebuah parti yang bersih di mana pemimpinnya pernah terbabit kes rasuah, malah tiada monumen dibangunankan sebagai petunjuk kemajuan dibawa pemerintahan parti itu di Pulau Pinang.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembangunan Pulau Pinang yang nampak pada hari ini kebanyakannya berlaku di bawah kepimpinan GERAKAN selama 39 tahun.

“(Selama) 18 tahun di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Tun Dr Lim Chong Eu sebelum daripada itu 21 tahun. Yang DAP duduk claim kata dia bawa kemajuan, bawa pembangunan.

Pi cari satu monumen, satu projek yang dibina untuk kepentingan untuk rakyat Pulau Pinang. Tiada! Terowong? Terowong masih ada dalam rumah (Lim) Guan Eng lagi. Belum diselam ke dasar laut.

“Baru nak kaji, nak buat kajian kebolehlaksanaan projek terowong, RM300 juta duit berubah tangan, betul tak betul? Parti ini parti rasuah, betul ke tak? Jadi hangpa sembang apa ni (pasal bersih dan integriti)?

“Jadi jangan hairan DAP boleh berpakat dengan Umno, dua-dua semacam. Depa kata itu kluster mahkamah dalam Umno. Dalam DAP pun ada, Guan Eng ‘kena’ (terbabit kes) tahu tak? Bila PH dapat kuasa, digugurkan kes-kes Guan Eng betul tak?

“Dia ambil kuasa untuk membersihkan diri dia. Gugurkan kes mahkamah kes banglo, betul tak?” imbas beliau pada Himpunan PN BEST Peringkat Pulau Pinang merangkap Pelancaran Jentera PN yang berlangsung di Kubang Semang, di sini semalam.

Menurutnya, berbanding PERIKATAN NASIONAL (PN) yang Bersih dan Stabil (BEST), para pemimpin DAP pula berdepan kes-kes rasuah, antaranya projek terowong dasar laut yang sama membabitkan syarikat pemaju.

Last sekali dia kata terowong tak boleh buat. Dia kata kalau nak bawa keluar selut di selat itu saja tambak itu kena duit RM10 bilion. Itu yang depa duk mai jual kat orang Pulau Pinang nak buat terowong itu.

“Nak buang selut terowong mana boleh korek selut. Selut diamturun. Betul dak? Hangpa try pi korek terowong itu selut, pi…. (habis), terowong dia turun. Dia kena cari tanah keras. Tanah keras nak jumpa tanah keras kena buang selut.

“Dia habaq kat saya buang selut itu saja RM10 bilion. Macam mana mahu buat? DAP berbohong. Jadi nak buat juga, nak bagi jadi duit, buat Kajian Kebolehlaksanaan, duit bertukar tangan, RM313 juta. Hangpa ingat ke dak ni?

“Jadi jangan kata DAP itu bersih. Depa bohong saja. Yang bersih kita (PN). Kita mana ada apa? Tak ada apa kita. Hari-hari bangkit pagi sampai malam kerja untuk memajukan negeri saya. Negeri kita.

“Kita tak ada projek skandal besar-besar. Yang kita nak cadang projek besar-besar yang depa bantah itu,” bidas beliau yang juga Menteri Besar Kedah di mana telah mengisytiharkan bahawa Kedah tidak akan menjual pasir, batu dan tanah kepada Pulau Pinang.

Beliau merujuk kepada projek mega Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) atau Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI) yang dibidasnya sebagai sangat mahal dan menimpakan kesusahan kepada rakyat negeri ini.

“Saya nak tolong orang Pulau Pinang. Untuk dibangunkan tiga pulau, dia nak cover (tampung) kos tambun tanah, dia kena bina projek-projek yang mahal, nak buat kediaman kena mahal baru boleh cover kos tapak itu nak reclaim.

“Bila projek pembangunan menjadi mahal, projek itu untuk siapa? Orang susah boleh beli? Orang susah ni Melayu saja ke? Orang Cina susah pun ada. Orang India susah pun ada.

“Pulau Pinang sejak 15 tahun kebelakangan ini, property (hartanah) dia menjadi terlalu mahal. Orang Pulau Pinang terpaksa bergerak (pindah) daripada pulau ke Seberang Perai. Dari Seberang Perai pergi ke Padang Serai. Pergi ke Kulim, pergi Sungai Petani, negeri siapa tu? Negeri aku?

“Hang jual rumah mahal, rakyat lari, bukan pasal dia tak suka negeri ni. Negeri ni sudah tidak mampu didiami oleh orang miskin. Bukan miskinlah, pertengahan pun tak mampu beli. Satu unit kondo (harga) juta-juta (Ringgit).

“Hat RM500,000, RM600,000. Melayu tentulah tak beli. Cina pun tak boleh. Tang miskin semua ada. Miskin tak kira kaum. (Maka) Untuk membela orang miskin di Pulau Pinang, satu kerajaan baru dia mesti dilantik lepas PRN negeri ini daripada Perikatan Nasional. Boleh ke tak?

“Kita berhenti DAP setakat ni sudah, boleh? Hangpa ingat depa kuat sangat ke? Kalau nak himpun orang DAP, jentera DAP macam malam ni, depa tak dak. Tak ada. Jadi DAP boleh dikalahkan. Kena pi cakap kat orang belah Tanjung, jangan takut (berubah),” serunya. – HARAKAHDAILY 4/6/2023

- Advertisement -
- Advertisement -