‘Yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya’

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan sehingga kini tiada sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang memandangkan negeri berkenaan adalah hak Kedah.

- Advertisement -

Malah, katanya hanya Perlis dan Perak sahaja yang mempunyai sempadan dengan Kedah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Antara Kedah Perlis di Wisma Darul Aman, petang tadi.

“Saya tunggu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kalau ada asas ditentusahkan sempadan Kedah dengan negeri jiran lain, yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya.

“Untuk meletakkan sempadan antara Kedah dan Pulau Pinang hendak menggunakan warta atau undang-undang yang mana kerana sempadan negeri ini (Kedah) berada di sebalik pulau,” tambahnya lagi.

Sementara apabila ditanya adakah Kedah mahu mengambil kembali Pulau Pinang, Muhammad Sanusi berkata tidak perlu kerana Pulau Pinang tidak pernah ‘terlepas’ dari Kedah.

“Pulau Pinang memang hak kita (Kedah), bukan terlepas atau nak ambil balik,” tambahnya lagi. – HARAKAHDAILY 29/5/2023

- Advertisement -