RMMK Badang dijangka siap akhir 2024

- Advertisement -

KOTA BHARU: Projek Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) di Badang sudah siap 70 peratus pembinaan sebelum ini, namun berdepan dengan pelbagai kekangan termasuk pandemik Covid-19.

- Advertisement -

Projek yang dikendalikan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sekarang diteruskan dengan kerjasama syarikat Suria Gemilang Sendirian Berhad.

Kerja-kerja pembinaan giat dijalankan selepas penyerahan tapak RMMK Badang pada awal Februari lepas.

Pengurus Kewangan Suria Gemilang Sendirian Berhad, Rosli Suib berkata, kerja-kerja pembinaan berjalan lancar dan dijangka dapat disiapkan pada Ogos 2024.

“Alhamdulillah, sejak penyerahan tapak projek, kontraktor meneruskan kerja-kerja pembinaan di bahagian dalam dan luar bangunan.

“Dengan pengalaman selama 40 tahun kami berharap projek yang sebelum ini dibina syarikat lain dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya kepada wartawan UPKN ketika ditemui di tapak projek RMMK Badang semalam.

Projek RMMK akan mengandungi 334 unit bakal menyediakan kediaman selesa kepada penduduk tempatan dan sekitar.

RMMK Badang terletak di Kedai Buluh Jalan Pantai Cahaya Bulan dimulakan pembinaan pada 2017. Bagaimanapun pembinaannya tertangguh ekoran penularan Covid-19 lebih dua tahun.

Bagaimanapun pembinaan surau hampir siap sepenuhnya. Projek itu pada perancangan awal melibatkan kos kira-kira RM49 juta.

Sebelum ini kerajaan negeri melaksanakan projek RMMK di pelbagai tempat di Kelantan termasuk di Pasir Genda, Tanah Merah.

Selain itu Taman Seri Mesa Rantau Panjang; Taman Ubudiyyah, Labok Machang; Taman Wadi Iman, Kok Lanas; Bandar Utama, Gua Musang; Taman Seri Guchil, Kuala Krai, Tanah Iman Jaya, Wakaf Che Yeh, Bunut Susu dan Meranti di Pasir Mas.

Projek lain di Pulai, Gua Musang; Berangan Mek Nab, Machang; Kadok, Ketereh; Perumahan Bandar Ciku 3 di Gua Musang dan Jubakar Pantai, Tumpat. – HARAKAHDAILY 10/5/2023

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -