Mbappe jauhkan diri dari video promosi PSG

- Advertisement -

Penyerang Kylian Mbappe mengkritik Paris St Germain (PSG) selepas mereka menampilkannya dalam video untuk mempromosikan jualan tiket musim, tanpa memaklumkan kepadanya cara wawancara itu akan digunakan.

Video yang dikeluarkan oleh PSG memaparkan sebahagian temu bual dengan Mbappe yang bercakap mengenai kelab dan penyokongnya. Video itu mempunyai pautan dengan seksyen tiket laman web PSG.

- Advertisement -

“Saya baru sahaja mengambil bahagian dalam kempen tiket musim kelab untuk 2023-24,” kata Mbappe di media sosial.

“Saya tidak dimaklumkan langsung mengenai kandungan temu bual itu… Ia kelihatan seperti wawancara asas pada hari pemasaran kelab.

“Saya tidak bersetuju dengan video yang diterbitkan. Inilah sebabnya saya memperjuangkan hak imej individu. PSG adalah kelab dan keluarga yang hebat, tetapi ia pastinya bukan Kylian Saint-Germain.”

Sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai perkara itu memberitahu Reuters bahawa perbincangan dengan kumpulan Mbappe berlaku petang ini untuk menyelesaikan salah faham.

Tahun lalu, ESPN melaporkan bahawa Mbappe enggan menyertai sesi gambar pasukan dan aktiviti penaja untuk pasukan kebangsaan Perancis.

Ketika itu, penyerang itu berkata pertikaian hak imejnya dengan Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) adalah “langkah kolektif” untuk membantu rakan sepasukan, dengan FFF berkata ia akan menyemak semula perjanjian mengenai hak imej pemain. – REUTERS

- Advertisement -