30 Hikam Ibn Ataillah Assakandari (2)

- Advertisement -

HIKMAH 2:

- Advertisement -

ادْفِنْ وُجودَكَ في أَرْضَ الخُمولِ ، فَما نَبَتَ مِمّا لََمْ يُدْفَنْ لاَ يَتِمُّ نِتَاجُهُ

“Tanamlah kewujudanmu di dalam tanah yang tersembunyi. Kerana apa-apa yang tumbuh dari apa yang tidak ditanam, tidak akan sempurna hasilnya.”

Maksud:

1. Tanamlah kewujudanmu di dalam tanah ialah sembunyikan dirimu dari kemasyhuran. Jangan dedahkan diri dari dikenali. Ia lebih membantumu untuk ikhlas.

2. Apa-apa yang tumbuh dari apa yang tidak ditanam, tidak akan sempurna hasilnya ialah umpama biji benih yang tidak ditanam, walaupun tumbuh darinya akar dan tunas, akan berlaku kecacatan. Tidak akan sempurna kejadiannya.

3. Pesanan untuk mereka yang berada di permulaan ‘jalan’. Akan diuji dengan kemasyhuran. Kata syeikh Abdul Majid as-Syarnubi, sesiapa yang gagal berhadapan ujian ini dengan melayan kemasyhuran tersebut pada awalnya, amat jarang mereka yang berjaya pada akhirnya.

ALANG IBN SHUKRIMUN
2 Ramadhan 1444
24 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 24/3/2023

- Advertisement -