Sekolah uzur: Ustaz Kamal hantar terus kepada menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari menyampaikan terus kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung masalah struktur bangunan Sekolah Kebangsaan Paya Luas. (Foto atas)

- Advertisement -

Menurutnya, ada di antara struktur bangunan sekolah yang berusia lebih 50 tahun itu reput dan dalam keadaan uzur.

“Semoga ada sinar dan dipermudahkan urusan. Insya-Allah,” katanya menerusi catatan di Faceook beliau, hari ini susulan menyerahkan mengenai perkara itu kepada menteri berkenaan di Parlimen.

Pada Jumaat lalu, beliau membuat lawatan ke sekolah berkenaan yang berada dalam kawasan Parlimen Kuala Krau.

“Ada di antara struktur bangunan yang telah reput.

“Ini membahayakan keselamatan warga sekolah tersebut terutamanya murid-murid yang akan menjana negara kita di masa hadapan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengajukan perkara itu kepada pihak berwajib dengan segera. – HARAKAHDAILY 7/3/2023

- Advertisement -