Beri peruntukan kepada Ahli Parlimen kawasan banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mencadangkan supaya kerajaan memberi peruntukan berjumlah sekurang-kurang RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang yang kawasan mereka dilanda banjir.

- Advertisement -

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) itu berkata, peruntukan itu bagi membolehkan bantuan disalurkan segera kepada mangsa banjir di kawasan Parlimen masing-masing.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang meluluskan segera peruntukan RM50 juta kepada Johor, tetapi saya cadangkan ia dinaikkan kepada RM100 juta kerana keadaan banjir pada kali ini amat teruk,” katanya.

Muhyiddin yang juga mantan Perdana Menteri berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini. – HARAKAHDAILY 6/3/2023

- Advertisement -