Pelajari negara penggodam sukar ceroboh data

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, mencadangkan kerajaan mempelajari dari negara lain yang kes pencerobohan data adalah rendah.

- Advertisement -

Katanya, data peribadi dan kerajaan, termasuk data yang dimiliki oleh pihak keselamatan negara yang pernah diceroboh adalah perkara yang perlu diberi perhatian serius.

“Saya ingin tahu sedikit saja, setakat ini apakah tindakan baharu kerajaan yang berbeza dengan tindakan lain sebelum ini.

“Tindakan yang telah diambil dan akan diambil atau kita boleh belajar dari beberapa negara yang penggodaman data agak sedikit,” katanya ketika bertanyakan soalan tambahan kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas perkara ini, Ahmad Fahmi menyifatkan perkara yang Ahli Parlimen Pasir Puteh bangkitkan sebagai soalan yang baik.

“Ada satu lagi aspek yang saya tidak sempat katakan sebelum ini, iaitu ketika ini banyak negara lain sedang membincangkan perkembangan aspek keselamatan data itu sendiri.

“Jika penceroboh masuk ke dalam rumah (sistem data), dia takkan dapat buka data kerana sistem pertahanan terlalu tinggi, ini yang kerajaan sedang teliti,” katanya. – HARAKAHDAILY 23/2/23

- Advertisement -