Bagaimana industri vape boleh taja sukan negara?

- Advertisement -

SEBELUM ini pasukan bola sepak remaja mendapat tajaan dari industri vape, kini mereka tanpa segan silu menaja sukan perlumbaan kereta pula. 

Sedangkan dalam Perjanjian Akta Kawalan Tembakau yang dimeterai oleh negara kita pada peringkat dunia tidak membenarkan penajaan seumpama ini. 

Adakah mereka terlepas pandang atau sengaja membuat tidak nampak? 

Atau hubungan baik mereka dengan pihak-pihak yang membenarkan sukan ini menyebabkan promosi mereka dibenarkan? 

Bahkan kelulusan menggunakan tempat-tempat awam bagi menjalankan kegiatan promosi industri mereka tidak diambil tindakan tegas. 

Apakah sebenarnya hala tuju yang kita nak dalam negara kita dalam industri rokok dan vape? 

Kementerian Kesihatan dan YB Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa sudah pun memberikan komitmen untuk membanteras dan menyelamatkan kesihatan anak-anak kita ini melalui pelbagai cara termasuk akta.

Tetapi bagaimana pula dengan Kementerian lain yang tidak mengambil peranan yang bersungguh untuk membanteras industri ini terus merosakkan anak bangsa? 

Harapan semakin punah jika ia terus dibiarkan!

DR SUHAZELI ABDULLAH
Pakar Perubatan Keluarga
Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 16/2/2023

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -