‘Anda tetap rakyat Perlis, kita sentiasa bersama’ – MB

- Advertisement -

KANGAR: Akhbar Harakah yang menyediakan maklumat oposisi kepada rakyat di negara ini sekarang menjejaki usia 36 tahun pada Mac 2023.

Jatuh bangun sebagai sebuah akhbar milik pembangkang yang berorientasikan gerakan Islam, berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan.

- Advertisement -

Pernah ‘dipancung’ seketika penerbitannya sehingga terpaksa berada di pasaran dua kali sebulan, berbanding lapan kali sebelum itu.

Situasi terbabit berlaku pada tahun 2000, selepas PAS bangkit cemerlang pada pilihan raya umum (PRU) 1999 dengan menghantar 27 ahli parlimen ke Dewan Rakyat.

Ketika menjejaki usia 35 tahun, Harakah tidak dapat dinafikan turut menyumbang kebangkitan PAS bersama PERIKATAN NASIONAL (PN) apabila menghantar 43 daripada 74 kerusi ke Dewan Rakyat.

Kejayaan turut dilakarkan apabila Perlis yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional (BN) sejak 1957 akhirnya terlepas ke tangan PAS (PN).

Lakaran sejarah serupa juga berlaku di Perak dan Pahang. Namun tanpa gabungan ‘pintu belakang’ Pakatan Harapan dan BN, sudah tentunya negeri terbabit juga berada di bawah radar PAS (PN).

Hari ini kejayaan itu turut dirakam Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli apabila berkongsi di laman sosialnya paparan Harakah mengenai sambutan Tahun Baru Cina di Perlis.

“Alhamdulillah. Pagi ni wartawan Harakah berkongsi dengan saya berita berkenaan program sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Perlis yang lalu.

“Bagi saya semua kaum di Perlis saya sayang sebagai rakyat yang bersama menjaga keharmonian negeri. Terima kasih buat semua rakyat yang memberi komitmen terbaik.

“Walaupun siapa sahaja yang anda pilih sewaktu pilihan raya lalu, itu tak bermakna saya perlu sisihkan. Anda tetap rakyat Perlis dan kita sentiasa bersama di sini. Syukur pada Allah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/1/23

- Advertisement -