Man United semakin yakin

Casemiro menjaringkan gol pertama Manchester United ketika menentang AFC Bournemouth. - REUTERS
- Advertisement -

Jurulatih Manchester United, Erik ten Hag, berkata pasukannya belum boleh dianggap sebagai pencabar kejuaraan musim ini, tetapi keyakinan terhadap skuad itu semakin meningkat selepas satu lagi kemenangan ke atas AFC Bournemouth, semalam.

- Advertisement -

Jaringan Casemiro, Luke Shaw dan Marcus Rashford di Old Trafford, membolehkan United meraih kemenangan keempat berturut-turut, sekali gus merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Arsenal kepada sembilan mata.

United bergelut sepanjang Liga Perdana musim lalu dan tidak memenangi kejuaraan utama Liga Perdana Inggeris sejak 2013, ketika Alex Ferguson masih menjadi jurulatih.

“Itu satu langkah besar,” kata Ten Hag ketika ditanya mengenai peluang United merebut kejuaraan liga.

“Tidak, tetapi kepercayaan semakin meningkat dan itu adalah isyarat yang baik. Kami perlu memberikan setiap perlawanan 100 peratus tenaga dan tumpuan. Jika mengekalkan falsafah itu…mungkin (merebut kejuaraan).

“Kami tidak terlalu jauh ke hadapan, sekarang Januari, tidak sampai separuh musim, perlawanan seterusnya menentang Everton datang dengan pantas, jadi kami akan menikmati kemenangan ini 24 jam dan kemudian terus melangkah ke depan.”

United memenangi empat perlawanan berturut-turut di tempat sendiri tanpa bolos buat kali pertama sejak enam perlawanan antara Mei dan Oktober 2017 dan tidak bolos dalam liga di laman sendiri sejak kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada September lalu.

Penjaga gol, David de Gea menjadi wira untuk mengekalkan rekod bersih semalam dan mendapat pujian pengurusnya.

“Kami hanya kekal kuat di bahagian pertahanan jika melakukan tugas kami dan memberi 100 peratus dalam setiap situasi,” katanya.

“De Gea beraksi dengan sangat baik. Dia melakukan beberapa aksi menyelamat yang cemerlang. Antara sebab kami mempunyai rekod bersih ialah David de Gea. Menentang West Ham, sebagai contoh, saya masih ingat aksinya. Secara umum, kami tidak tidak melepaskan begitu banyak peluang.” – REUTERS

- Advertisement -