‘Doakan kebaikan untuk Negeri Pahang’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Doakan kebaikan untuk Negeri Pahang. Insya-Allah,” kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

- Advertisement -

Beliau yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu turut memuat naik foto di atas.

Tuan Ibrahim telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkaitan pembentukan kerajaan negeri.

Beliau mewakili Majlis Tertinggi PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk mengetuai rundingan pembentukan kerajaan negeri Pahang.

Pada PRU15, PN Pahang memperoleh 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), BN (16) dan Pakatan Harapan (8).

Bagi DUN Tioman, proses pengundian akan dilaksanakan pada 7 Disember depan susulan kematian calon PERIKATAN NASIONAL, Md Yunus Ramli, awal pagi Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi DUN Tioman, esok sementara pengundian awal 3 Disember.

Selain allahyarham Md Yunus, calon yang bertanding di DUN Tioman ialah Sulaiman Bakar (Bebas); Osman Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Datuk Seri Mohd Johari (BN). – HARAKAHDAILY 23/11/2022

- Advertisement -