Pesanku buat anak-anak dan cucu-cucu semua

- Advertisement -

DI tangan kalian semua masa depan negara Malaysia tercinta ini.

- Advertisement -

Memilih pemimpin bukanlah perkara yang enteng dan remeh.

Apabila ditanya:

“Tok Ayah, penting ke pilih pemimpin ini?”

Ya. Sangat penting.

Lebih-lebih lagi buat generasi muda. Kerana nasib dan rupa negara terletak pada pemimpin yang dipilih itu.

Negara akan ditadbir saat kalian sedang menjejaki usia dewasa.

Pada usia inilah kalian memerlukan kestabilan dari segi ekonomi, peluang pekerjaan, kos sara hidup yang terkawal dan masa depan yang lebih terjamin.

Maka, pilihlah seorang pemimpin yang bersih dan baik.

Wahai anak-anak dan cucuku semua! Jangan pernah sekali-kali lupa, bahawa Islam asas hidup kita. Berpegang teguhlah bersama Islam, kita pasti selamat.

#MalaysiaSejahtera
#BersihDanStabil
#TurunMengundi – HARAKAHDAILY 30/10/2022

- Advertisement -