KPT sedia perkasa Kor SUKSIS PDRM

- Advertisement -

YBHG Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg Insp. Jeneral Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani, Ketua Polis Negara di pejabatnya, di sini.

Delegasi KPT turut disertai oleh YBhg Dato’ Shah Headan Ayoob Hussain Shah, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pengajian Tinggi, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) dan YBhg Prof Dato’ Dr. Husaini Omar, KPPT.

Lawatan tersebut adalah untuk memperkukuh kerjasama antara PDRM dan KPT serta merancang strategi komunikasi yang berkesan melalui maklumat yang disalurkan oleh PDRM.

Turut dibincangkan ialah mengenai cadangan untuk memperkasakan Kor-Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) yang ditubuhkan untuk melahirkan graduan cemerlang yang turut memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran, berdaya saing, berdisiplin, berketerampilan dan dilengkapi dengan nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi mengikut acuan PDRM.

Hadir sama YBhg Dato’ Aidi Ismail, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti PDRM, YBhg Dato’ Sri Abd Jalil Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, dan YBhg. Dato’ Sri Zamri Yahaya, Pengarah Cawangan Khas PDRM.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI – HARAKAHDAILY 15/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -