Kor Safiyah tangani isu keganasan rumah tangga

Oleh FAIZAH ARBAIN

SANDAKAN:
Dewan Muslimat PAS Sabah melangkah setapak lagi apabila melancarkan Unit Keselamatan Wanita dan Kanak-kanak di bawah Briged Muslimat Negeri.

Pelancaran itu diadakan sempena Muktamar Dewan Muslimat PAS Sabah kali ke-32 yang di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kota Kinabalu kelmarin.

Lebih menarik lagi sempena pelancaran Unit Keselamatan Wanita dan Kanak- Kanak turut diadakan gimik seni mempertahankan diri oleh Kor Safiyah, Briged Muslimat PAS Sabah.

Advertisement

Pengarah Briged Muslimat Negeri Fatimah Fatin Dian Mohd Saufique berkata,
Kor Safiyah ditugas untuk menangani isu-isu keselamatan wanita dan kanak-kanak dalam masyarakat.

“Dengan adanya pasukan itu lebih mudah kita berkongsi info dengan mangsa yang terlibat keganasan rumah tangga dan mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi mereka,” katanya di sini.

Sementara itu Ketua Muslimat PAS Sabah Norsah Bongsu berkata, pihaknya menjadi jambatan untuk membantu masyarakat terutamanya wanita dan kanak-kanak yang menghadapi masalah keganasan rumahtangga.

Menurutnya Dewan Muslimat PAS Sabah bukan sahaja menjuarai isu berkaitan politik dan kemasyarakatan sahaja, malah kebajikan serta keselamatan wanita turut diberi keutamaan.

“Kita mewujudkan Kor Safiyah yang bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat bagi menangani isu keganasan rumah tangga,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 8/8/2022