Hospital Kuala Krai lama atasi kesesakan pesakit

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan melalui Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mencadangkan agar Hospital Kuala Krai lama dibuka semula tujuan untuk mengatasi kesesakan kemasukan pesakit di hospital sedia ada di negeri ini.

Langkah itu berikutan terdapat peningkatan pesakit berjangkit Influenza direkodkan sehingga menyebabkan berlaku kesesakan pesakit.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, bagaimanapun sebarang keputusan secara terperinci belum dibuat sama ada untuk menempatkan pasakit biasa atau pesakit menghidap Influenza.

Beliau juga menyarankan semua lapisan masyarakat agar sentiasa memakai pelitup muka sebagai salah satu langkah pencegahan dari merebak penyakit berkenaan.

Ini kerana katanya penyakit berkenaan boleh merebak melalui penyebaran udara serta titisan saluran penafasan.

Ujarnya, pencegahan penyakit berkenaan tidak memerlukan peruntukan khas untuk mengekang wabak terbabit, sebaliknya ia bergantung kepada asas penjagaan kebersihan diri.

“Setakat ini sebanyak 31,000 kes komulatif direkodkan. Penyakit Influenza boleh dicegah dengan pengambilan suntikan vaksin, namun vaksin berkenaan tidak mencukupi di pasaran.

“Oleh demikian, penyakit berjangkit tersebut tidak sepatutnya dilupakan kerana ia bersifat penyebaran dan akan terus berada dalam masyarakat jika langkah pencegahan tidak diamalkan bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Tanggungjawab Sosial (CSR) pembersihan dan pengindahan Pantai Kundur hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Perancangan Melangkaui Kelazan Pelan Malaysia, Hassan Yaakob.

Dr Izani juga berkata, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM250,000 bagi membina jalan dari Kuala Besar terus ke Pantai Kundor bagi memudahkan pengunjung datang ke pantai berkenaan.

Katanya, pembinaan itu juga melibatkan jarak 1.1 kilometer dan boleh dilalui oleh semua kenderaan.

“Untik peringkat awal ia akan dibina dengan jalan berbatu sebelum ia akan dijadikan jalan bertar dijangka akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat memandangkan peruntukan sudah ada,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/7/2022

- Advertisement -