PAS Sepanggar bersedia hadapi pilihan raya

- Advertisement -

KOTA KINABALU: PAS Sepanggar bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.

Perkara itu dinyatakan oleh Yang Dipertuanya, Dr. Aliakbar Gulasan semasa Program Berbuka Puasa bersama Jentera Pilihan Raya PAS Sepanggar di SMITI Al-Hafidz di sini, semalam.

- Advertisement -

“Jentera pilihan raya sudah bersedia dari semua segi; kewangan, kemahiran dan latihan semuanya sudah disusun lebih awal,” katanya pada program tersebut.

Aliakbar yang juga ADUN dilantik menegaskan bahawa PAS sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti yang jujur dalam persahabatan.

“PAS apabila berkawan sentiasa setia kawan dan tidak khianat dalam mana-mana perjanjian yang dimeterai selagi tidak melanggar prinsip dan dasar perjuangan,” katanya.

Pada majlis tersebut, Aliakbar turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas parti yang istiqamah dan setia bersama parti sama ada ketika susah atau senang dan sewaktu menjadi pembangkang mahupun kerajaan. – HARAKAHDAILY 25/4/2022

- Advertisement -