Kanak-kanak, OKU, warga emas perlu diberi pembelaan

Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali
- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Selain kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU), warga emas juga merupakan golongan rentan yang memerlukan perhatian dan pembelaan semua pihak.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, Dato’ Siti Ashah Ghazali berkata, semua pihak wajar mengambil perhatian terhadap golongan terbabit sebagai tanda kebersamaan.

- Advertisement -

Katanya tidak boleh orang ramai hanya meletakkan tanggungjawab itu kepada kerajaan atau agensi tertentu sahaja.

“Walaupun kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan kerap kali berlaku namun masyarakat perlu mengambil perhatian sewajarnya.

“Golongan terbabit antara kumpulan yang perlu diberi perhatian dan pembelaan sewajarnya,” kata beliau di sini.

Baru-baru ini pendedahan penderaan terhadap kanak-kanak OKU yang dikenali sebagai Bella wajar mendapat semua pihak.

Bella, 14, seorang kanak-kanak OKU sindrom down menjadi tumpuan seluruh negara. Dia dilaporkan didera pengasas Rumah Bonda.

Ashah yang juga pengerusi Lajnah Pembangunan Keluarga Dewan Muslimat PAS Malaysia berkata, golongan itu antara yang dituntut Islam supaya disayangi, dihormati dan diberi hak sewajarnya.

“Saya mendoakan agar perbicaraan kes penderaan kanak-kanak malang itu berjalan dengan lancar dan keadilan terhadapnya dapat ditegakkan,” tambah beliau.

Bagaimanapun beliau berharap pemantauan lebih tersusun dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mengelakkan kes seumpama itu berulang lagi. – HARAKAHDAILY 22/4/2022

- Advertisement -