Zionis dan Perang Ukraine

- Advertisement -

FIRMAN Allah SWT:

﴿وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ٦٤﴾

“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: ‘Tangan Allah terbelenggu’, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Bukanlah sedemikian), tetapi kedua-dua tangan Allah sentiasa terbuka (Maha Pemurah dan melimpah-limpah rahmat-Nya); Dia membelanjakan (limpahkan rahmat) sebagaimana yang Dia kehendaki. Dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan daripada mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami menanamkan perasaan permusuhan dan kebencian antara mereka hingga Hari Kiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus berbuat kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.” (Surah al-Ma’idah: 64)

Dalam ayat di atas, Allah SWT mendedahkan sifat-sifat buruk kaum Yahudi sehingga mereka dimurkai dan dilaknat oleh Allah SWT. Antaranya disebabkan mereka telah mencetuskan peperangan, khususnya Perang Ahzab (bala tentera bersekutu) pada zaman Rasulullah SAW bagi menghapuskan Islam dan negaranya di Madinah. Mereka sering kali menggunakan kaum lain sebagai alat yang dipergunakan.

Bangsa Yahudi ialah seseorang yang dilahirkan daripada keluarga Yahudi, atau menjadi salah satu daripada keduanya melalui pemelukan agama yang dinamakan Yahudi. Agama yang dianggap berasal daripada Nabi Musa AS bersama kitab suci Taurat.

- Advertisement -

Hanya segelintir sahaja daripada kalangan Yahudi yang memeluk Islam kerana mengetahui kebatilan agama mereka yang berlaku. Sehinggakan, mereka terseleweng daripada kitab suci Taurat sebenar yang banyak persamaan dengan al-Quran yang menunjukkan asalnya itu juga agama Islam. Hal ini disebutkan oleh firman Allah SWT:

﴿ٱلَّذِينَ ءَاتَيۡنَٰهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ يَعۡرِفُونَهُۥ كَمَا يَعۡرِفُونَ أَبۡنَآءَهُمۡۖ وَإِنَّ فَرِيقٗا مِّنۡهُمۡ لَيَكۡتُمُونَ ٱلۡحَقَّ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ١٤٦ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡمُمۡتَرِينَ١٤٧﴾

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan Kitab (Taurat dan Injil) mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan sedemikian). (146); Kebenaran itu adalah datangnya daripada Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali kamu termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu. (147)” (Surah al-Baqarah: 146-147)

Dan juga firman Allah SWT:

﴿وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ لِمَ تُؤْذُونَنِي وَقَد تَّعْلَمُونَ أَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ ۖ فَلَمَّا زَاغُوا أَزَاغَ اللَّهُ قُلُوبَهُمْ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ٥﴾

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: ‘Wahai kaumku! Mengapa kalian menyakitiku, sedangkan kalian mengetahui bahawa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kalian?’ Maka, tatkala mereka berpaling (daripada kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasiq.” (Surah al-Saff: 5)

Zionisme pula ialah gerakan nasionalisme Yahudi antarabangsa yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di bumi Palestin. Asal usul gerakan ini bermula lebih awal, tetapi secara rasminya ia ditubuhkan oleh wartawan berbangsa Yahudi Austria-Hungary, Theodor Herzl pada akhir kurun ke-19 melalui penerbitan bukunya Der Judenstaat.

Fahamannya lebih bersifat sekular yang terpisah daripada agama, bahkan ada dalam kalangan mereka yang berfahaman anti agama. Namun, semuanya bersepakat bahawa Palestin adalah milik mereka, termasuk dalam kalangan yang menentang penubuhan negara Israel terkini kerana menganggap masanya belum tiba untuk mendirikan sebuah negara.

Gerakannya memasuki ke dalam politik, ekonomi dan sosial. Seterusnya mewujudkan para pemimpin yang berpengaruh, khususnya di peringkat antarabangsa dalam semua lapangan.

Mereka mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada arena politik negara besar dan juga antarabangsa kerana penguasaannya dalam aspek ekonomi, politik dan terkini media. Bahkan, pertubuhan dan agensi antara negara juga dapat dipengaruhinya.  

Sejarah kejatuhan Kerajaan Islam ‘Uthmaniyyah (1924), Perjanjian Sykes-Picot (1916) dan Perjanjian Balfour (1917) selepas Perang Dunia Pertama memberi laluan kepada kedatangan Yahudi ke bumi Palestin. Penubuhan negara haram Israel selepas Perang Dunia Kedua juga perlu diberikan perhatian betapa pengaruh mereka dalam menimbulkan kekacauan dunia seluruhnya.

Mereka berjaya melaga-lagakan bangsa lain dan menjadikan medan perang yang besar ke atas negara miskin yang dijajah oleh mereka seperti di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Selain itu, perlu difahami sedalam-dalamnya betapa mangsa peperangan yang berlaku telah memakan korban berjuta nyawa, suatu jumlah yang paling besar adalah daripada negara-negara ini.

Pada masa yang sama, mereka juga berjaya membentuk proksi-proksi supaya terlibat dengan peperangan secara langsung melalui pemimpin yang menjadi alat atau secara provokasi yang halus.

Terkini, Ukraine menjadi pangkalan Zionis yang diwujudkan, kerana 40 peratus rakyatnya adalah Zionis atau Yahudi walaupun disembunyikan statistik yang sebenar. Sebahagian besar daripada pemimpin utama negara Israel berasal dari Ukraine atau negara-negara di sekelilingnya seperti Poland, Hungary, Austria dan lain-lain.

Kini, Zionis pula berjaya melantik ketua negara Ukraine yang baharu iaitu Volodymyr Zelenskyy daripada kalangan bangsa Yahudi dan penganut Zionis yang tegar. Dalam kenyataannya, Zelenskyy menyebutkan bahawa negara Ukraine perlu diselamatkan sepertimana negara Israel, sekali gus menjadikan dakwaan tersebut sudah terang lagi bersuluh.

Peluang diberikan kepadanya untuk berkempen dan berucap di beberapa Parlimen di seluruh negara Barat seperti Amerika, Australia, British dan lain-lain. Di samping itu, penggunaan media termasuk dalam negara Islam sendiri adalah suatu sokongan moral yang sangat jelas kepada Zionis.

Begitu juga keistimewaan terhadap pelarian Ukraine yang sangat berbeza layanannya jika hendak dibandingkan dengan mangsa perang di Asia Barat dan Afrika. Hal ini sekali gus mendedahkan lagi betapa pengaruh Zionis yang kuat terhadap negara-negara Eropah dan sekutunya.

Perang Dunia Kedua dibangkitkan oleh Hitler melalui provokasi ketenteraan yang akhirnya mencetuskan peperangan. Namun, kini pula Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dianggotai oleh negara-negara barat Eropah dan Amerika melakukan provokasi melalui perang politik, ekonomi dan media.

Perkara ini bermula dengan pengambilan anggota baharu daripada negara bekas Pakatan Warsaw, sehingga ke negara Ukraine yang menghimpit sempadan Rusia. Tindakan pihak NATO membina kekuatan tenteranya merupakan satu tindakan provokasi yang memaksa Rusia untuk melancarkan serangan awal bagi menyelamatkan negaranya.

Terdapat maklumat yang menyatakan bahawa Yahudi Ukraine tidak menyahut seruan Zionis, agar mereka berhijrah ke negara Israel bagi menguatkan perjuangan Negara Agung Israel sebagai kuasa besar tunggal yang dicita-citakan pada akhir zaman. Maka, peperangan yang berlaku hikmahnya memaksa mereka berhijrah ke Israel yang telah disediakan penempatannya.

Allah SWT telah menentukan wabak inflasi yang melanda selepas Covid-19 telah menikam beberapa negara. Malah, kini berlaku berlaku krisis ekonomi yang melibatkan Ukraine sebagai pembekal gandum makanan terbesar dunia dan Rusia pula sebagai pembekal gas yang menjadi sumber tenaga kepada kebanyakan negara Eropah.

Kerakusan kuasa Barat, khususnya Amerika Syarikat menonjolkan diri mereka untuk menjadi kuasa besar tunggal hari ini bagi mempertahankan demokrasi yang mengundang bencana yang membahayakan keamanan dunia. Topeng demokrasi dan hak asasi manusia yang digunakan juga terbukti tidak konsisten, apabila ia terkoyak sendiri lalu menampakkan wajahnya yang sebenar.

Hal ini berlaku apabila terdapat negara terpilih yang ditegakkan demokrasi, malah ada juga negara yang dipertahankan pemimpin diktator sehingga ia membunuh demokrasinya. Bahkan, mereka juga melarikan diri bagi menyelamatkan dirinya sahaja dan tidak mempunyai persahabatan yang jujur, sepertimana mereka melarikan diri dari Vietnam Selatan dan Afghanistan. Sehinggakan, ada kalangan yang terpaksa mati bergayut pada kapal terbang yang lari bertempiaran.

Allah SWT tidak mengizinkan berlakunya kejahatan yang sangat zalim, maka dicetuskan peperangan dengan takdir-Nya sebagaimana firman-Nya:

﴿…وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضٖ لَّفَسَدَتِ ٱلۡأَرۡضُ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضۡلٍ عَلَى ٱلۡعَٰلَمِينَ٢٥١﴾

“…Dan seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan sebahagiannya yang lain (yang beriman dan setia), nescaya rosak dan binasalah bumi ini. Akan tetapi, Allah mempunyai kurniaan yang melimpah kepada sekalian alam.” (Surah al-Baqarah: 251)

Kita berharap perang itu terhad dan berjaya ditamatkan serta tidak merebak menjadi Perang Dunia Ketiga. Dalam pada itu, rantau Asia Tenggara dan Laut China Selatan janganlah sekali lagi menjadi medan perang sepertimana Perang Dunia Kedua dahulu dan tidak ada pemimpin yang pendek akalnya sehingga sanggup diperalatkan.

Kita mengharapkan juga supaya Zionis berjaya dihapuskan oleh umat Islam, serta Masjid al-Aqsa dan Palestin berjaya dibebaskan. Maka, berlakulah peristiwa yang telah dijanjikan Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿وَقَضَيۡنَآ إِلَىٰ بَنِيٓ إِسۡرَٰٓءِيلَ فِي ٱلۡكِتَٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِي ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَيۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوّٗا كَبِيرٗا٤ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ أُولَىٰهُمَا بَعَثۡنَا عَلَيۡكُمۡ عِبَادٗا لَّنَآ أُوْلِي بَأۡسٖ شَدِيدٖ فَجَاسُواْ خِلَٰلَ ٱلدِّيَارِۚ وَكَانَ وَعۡدٗا مَّفۡعُولٗا٥ ثُمَّ رَدَدۡنَا لَكُمُ ٱلۡكَرَّةَ عَلَيۡهِمۡ وَأَمۡدَدۡنَٰكُم بِأَمۡوَٰلٖ وَبَنِينَ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ أَكۡثَرَ نَفِيرًا٦ إِنۡ أَحۡسَنتُمۡ أَحۡسَنتُمۡ لِأَنفُسِكُمۡۖ وَإِنۡ أَسَأۡتُمۡ فَلَهَاۚ فَإِذَا جَآءَ وَعۡدُ ٱلۡأٓخِرَةِ لِيَسُ‍ُٔواْ وُجُوهَكُمۡ وَلِيَدۡخُلُواْ ٱلۡمَسۡجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٖ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوۡاْ تَتۡبِيرًا٧ عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يَرۡحَمَكُمۡۚ وَإِنۡ عُدتُّمۡ عُدۡنَاۚ وَجَعَلۡنَا جَهَنَّمَ لِلۡكَٰفِرِينَ حَصِيرًا٨﴾

“Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Isra’il dalam Kitab itu: ‘Sesungguhnya kalian akan membuat kerosakan di muka bumi ini (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kalian akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang melampau.’ (4); Maka, apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama daripada kedua-dua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepada kalian hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. (5); Kemudian, Kami berikan kepada kalian giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantu kalian dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami menjadikan kalian kelompok yang lebih besar. (6); Jika kalian berbuat baik (bererti) kalian berbuat baik bagi diri kalian sendiri dan jika kalian berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi diri kalian sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kalian dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuh kalian memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa sahaja yang mereka kuasai. (7); Mudah-mudahan Tuhanmu akan melimpahkan rahmat-Nya kepada kalian; dan sekiranya kalian kembali kepada (kederhakaan) nescaya Kami kembali (mengazab kalian) dan Kami jadikan neraka Jahannam penjara bagi orang-orang yang tidak beriman. (8)” (Surah al-Isra’: 4-8)

Demikianlah al-Quran menetapkan ‘road map’ kepada Yahudi yang sangat zalim dan penamat bagi mereka kerana telah melakukan kejahatan dan kerosakan di alam dunia. Semuanya berlaku disebabkan kejahatan mereka sendiri, sehingga tidak bersyukur kepada ni‘mat Allah SWT yang diberikan kepada mereka.

Cita-cita Zionis untuk menegakkan negara agung tanpa berpandukan petunjuk Allah SWT pasti akan gagal. Manakala, mereka yang terpengaruh dengan agenda normalisasi ala Zionis berdasarkan slogan agama Abraham (kononnya menyatukan Islam, Yahudi dan Kristian) adalah sangat sesat dan menyesatkan. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT:

﴿مَا كَانَ إِبۡرَٰهِيمُ يَهُودِيّٗا وَلَا نَصۡرَانِيّٗا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفٗا مُّسۡلِمٗا وَمَا كَانَ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ٦٧﴾

“Bukanlah Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukan juga seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang lurus lagi berserah diri kepada Allah (Islam), dan sekali-kali bukanlah dia daripada kalangan orang-orang Musyrik.” (Surah Ali ‘Imran: 67)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 5 Ramadan 1443 / 7 April 2022 – HARAKAHDAILY 7/4/2022

- Advertisement -