Hampir RM1 juta diagih ke masjid sempena Ramadan

- Advertisement -

Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD

KUALA TERENGGANU:
Bagi menyuburkan program Ihya Ramadan tidak lama lagi kerajaan negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM986,800 kepada masjid dan surau terpilih di Terengganu.

Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peruntukan itu akan diagihkan kepada masjid dan surau di seluruh negeri sempena Ramadan tidak lama lagi.

- Advertisement -

Katanya, peruntukan itu bagi melaksanakan program bagi memupuk penghayatan Ramadan yang mengandungi banyak ganjaran serta kebaikannya.

“Kerajaan negeri optimis dengan penganjuran program yang mampu melonjakkan samangat dalam mengejar kemuliaan bulan penuh keberkatan,” katanya ketika merasmikan program Ihya’ Ramadan peringkat negeri 2022 di Dewan Besar Wisma Darul Iman semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Tengku Seri Bijaya Raja, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Dato’ Yahaya Ali, anggota-anggota Exco dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) M. Rozi Bidin.

Dr Ahmad Samsuri juga berkata, agihan peruntukan itu dilaksanakan setiap tahun sebelum pandemik Covid-19.

Pada majlis itu sumbangan disempurnakan Menteri Besar kepada wakil-wakil masjid. – HARAKAHDAILY 18/3/2022

- Advertisement -