Kelantan terima sumbangan banjir RM150,000 daripada TNB

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Kerajaan Kelantan hari ini menerima sumbangan sebanyak RM150,000 untuk program bagi menyediakan kelengkapan banjir.

Sumbangan berkenaan diterima daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang disampaikan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

- Advertisement -

Majlis ringkas itu diadakan di Pejabat Menteri Besar, yang diterima Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Sumbangan tersebut antara lain bertujuan untuk pembelian bot dan kelengkapan bagi menghadapi banjir. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad.

“Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada Tenaga Nasional Berhad di atas sumbangan tersebut,” kata Menteri Besar pada catatan di Facebook. – HARAKAHDAILY 2/1/2022

- Advertisement -