DAP membela industri judi?

- Advertisement -

MALAY Mail melaporkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai berkata:

- Advertisement -

“Prime Minister Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob must explain if Kedah’s decision not to renew the licences of numbers forecast operators in the state was what he envisioned for his ‘Keluarga Malaysia’ concept on inclusivity.”

(Perdana Menteri Dato’ Seri ISmail Sabri perlu jelaskan jika keputusan Kedah tidak memperbaharui lesen (premis) operator kedai judi sebagai sebahagian dari wawasan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang inklusif)

Ternyata DAP cukup tidak senang dengan usaha murni Kerajaan Kedah ini. Apa sahaja langkah melaksanakan nilai-nilai universal yang baik buat semua dalam pentadbiran akan ditentang mereka atas alasan mencabuli hak mereka.

Berjudi ini hak kaum mana sebenarnya? Mana satu kaum atau agama yang menggalakkan judi atau menjadikan judi sebagai budaya dan adat mereka? Sedang kita tahu kesan dari judi itu terhadap individu, keluarga dan masyarakat.

Keluarga Malaysia sekalipun tidak akan bersekongkol menggalakkan sesuatu yang meruntuhkan keluarga dan masyarakat. Tidak perlulah Lim mengadu domba dan cuba menjadi juara isu ini.

Menurut Mayo Clinic, Amerika Syarikat:

“Compulsive gambling, also called gambling disorder, is the uncontrollable urge to keep gambling despite the toll it takes on your life. Gambling means that you’re willing to risk something you value in the hope of getting something of even greater value.

“Gambling can stimulate the brain’s reward system much like drugs or alcohol can, leading to addiction. If you have a problem with compulsive gambling, you may continually chase bets that lead to losses, hide your behavior, deplete savings, accumulate debt, or even resort to theft or fraud to support your addiction.

“Compulsive gambling is a serious condition that can destroy lives. Although treating compulsive gambling can be challenging, many people who struggle with compulsive gambling have found help through professional treatment.”

Lim dan DAP meragui dapatan Mayo Clinic atau memang DAP tidak pedulikan semua ini?

Syabas Kedah kerana berani memperkenalkan sesuatu yang bakal melindungi dan menyelamatkan ‘Keluarga Malaysia’ di Kedah.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 16/11/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/100009880363600/posts/1641634572842539/

- Advertisement -