Strategikan agenda siyasah di semua peringkat – Ulamak

- Advertisement -

KUALA NERUS: Ahli PAS di semua peringkat diseru membawa parti ini ke arah melaksanakan agenda-agenda siyasah sebagaimana panduan politik dapat dilihat pada fasa Makkiyyah, Madaniyyah dan Fathu Makkah yang diteladankan Rasulullah S.A.W.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kemenangan yang dianugerahkan Allah S.W.T ketika ini perlu dimanfaatkan untuk mengajak masyarakat melangkah mengenali Islam dengan agenda politik tersusun.

Insya-Allah Dewan Ulamak akan bergerak selangkah demi selangkah berpandukan kepada sirah yang ditunjuk oleh Rasulullah S.A.W. Agenda politik yang berstrategi, agenda dakwah yang berstrategi, agenda tarbiyah yang juga berstrategi.

“Kita masih berada di alam Muafakat Nasional dan juga Perikatan Nasional. Walau apapun yang dilabelkan di dalam negara kita, perlu kita faham bahawa setiap parti politik ada pendekatan mereka tersendiri.

“Dan insya-Allah PAS sebuah gerakan Islam kita ada pendekatan kita yang berasaskan kepada sirah Rasulullah S.A.W. Kita yakin insya-Allah, Allah bersama dengan kita dan suatu hari insya-Allah parti kita menjadi parti yang paling besar, parti yang paling kuat di dalam negara kita insya-Allah.

“Ketiga-tiga gerakan siyasah, dakwah dan tarbiyah kita mesti kita atur dengan baik,” seru beliau dalam ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-67 di Duyong Marina Resort, di sini sebentar tadi.

Beliau terdahulu menyingkap sirah perjalanan politik Rasulullah yang mencabar di fasa Makkiyah, namun berjaya di Madinah al-Munawwarah dan menempa pencapaian lebih gemilang selepas Fathu Makkah.

Ustaz Nik Zawawi turut menyatakan kebanggaannya atas pencapaian Dewan Himpunan Pendukung PAS dapat menarik sokongan masyarakat bukan-Islam, serta komitmen pihaknya untuk bersama menarik sokongan Undi18. – HARAKAHDAILY 7/11/2021

- Advertisement -
- Advertisement -