Bajet 2022: Kementerian Pendidikan terima peruntukan terbesar RM52.6b

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR:
Kementerian Pendidikan Malaysia menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan.

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bajet ini kekal mengutamakan pendidikan sebagai segmen terpenting perbelanjaan negara.

- Advertisement -

Sementara itu, katanya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal diperuntukkan sejumlah RM14.5 bilion.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, katanya, bagi tahun hadapan kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 sebelum ini.

“Sejumlah RM 450 juta diperuntukkan untuk bantuan Awal Persekolahan yang dijangka memanfaatkan 3 juta murid-murid yang layak,” katanya. – HARAKAHDAILY 29/10/2021

- Advertisement -