Jabatan Amal bersih sekolah dilanda banjir

- Advertisement -

Oleh SITI NURFATIHA MOHAMAD

KINABATANGAN:
Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah komited dalam membantu kerja-kerja pembersihan di Sekolah Kebangsaan Sugud, Penampang akibat banjir yang berlaku, baru-baru ini.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Zulzaim Hilmee Abidin, operasi pasca banjir Jabatan Amal semalam memasuki hari kedua dengan tugasan membuang sampah dan peralatan sekolah yang rosak.

- Advertisement -

“Kami bercadang untuk mendapatkan satu kenderaan misi berupa single cab dan memerlukan sumbangan daripada orang ramai bagi memudahkan misi operasi bantuan kebajikan ini,” ujarnya menerusi Facebook beliau, semalam.

Beliau berharap Jabatan Amal segera memiliki kenderaan itu bagi memudahkan urusan membantu masyarakat yang memerlukan.

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh berhubung dengan Hasruddin Syamsuddin di talian 0111194 9303 atau pegawai kewangan Jabatan Amal Malaysia negeri, Rahman Johari di talian 0198411212.

Terdahulu, pada hari pertama operasi bantuan pasca banjir, seramai 20 anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah Zon Kota Kinabalu telah dikerahkan ke tempat kejadian.

Mereka berkampung di situ selama tiga hari untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan di sekolah terbabit. – HARAKAHDAILY 20/9/2021

- Advertisement -