PICK akan capai sasaran 50 peratus dewasa divaksinasi bulan ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 50 peratus penduduk dewasa melengkapkan dos suntikan vaksin pada bulan ini, demikian  menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata PICK sudah mula menunjukkan hasil positif dengan sebanyak 12 juta dos vaksin telah diberikan setakat Julai lepas, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan sejak Februari hingga Jun mencecah lebih 8 juta dos.

- Advertisement -

“Purata kadar vaksinasi harian kita pada Julai mencecah hampir 400,000 melebihi sasaran iaitu 300,000. Kita bermula lewat sebulan berbanding negara maju seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan, namun kita telah berjaya bergerak lebih pantas,”

“Perkembangan di negara kita ini telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan kita berjaya merekodkan kadar vaksinasi harian melebihi setengah juta dos.

“Ini terbukti bahawa, isu kekurangan kapasiti, sumber daya atau kompetensi bukanlah penghalang kejayaan kita ini, tetapi sebaliknya ia disebabkan oleh bekalan vaksin yang tidak konsisten akibat ketidakadilan pengagihan vaksin Covid-19 oleh negara-negara tertentu yang turut dikritik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” katanya dalam video yang dimuat naik di Twitternya hari ini. – BERNAMA

- Advertisement -