PN Kedah sokong kepimpinan Muhyiddin

Musoddak Ahmad
- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Perikatan Nasional (PN) Kedah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berjaya mentadbir negara dengan baik ketika berhadapan pelbagai cabaran mutakhir ini.

Setiausaha PN negeri, Ustaz Musoddak Ahmad, berkata ahli Parlimen pembangkang kelihatan sengaja menimbulkan gangguan untuk menggugat kerajaan yang serius menangani wabak Covid-19 yang semakin mencabar.

- Advertisement -

“Ini secara tidak langsung mempamerkan pembangkang hanya berpura-pura mempertahankan kepentingan rakyat, sedangkan sebenarnya  mempunyai agenda politik tersendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mussodak berkata, PN Kedah sentiasa menyokong dan mendoakan kesejahteraan serta kestabilan kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin.

“Semoga kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Rakyat dapat menyokong Perdana Menteri untuk melaksanakan segala tugas dan kewajipan kebajikan kepada rakyat, terutama ketika menghadapi pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa suara sumbang itu akan lenyap dengan sendiri selepas kerajaan  berjaya menangani wabak Covid-19, sekali gus merealisasikan keprihatin terhadap rakyat. – HARAKAHDAILY 5/8/2021

- Advertisement -