‘Tak perlu angkat bendera putih, hubungi pasukan kerja saya’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Nerus telah menerima 7,300 permohonan bantuan sepanjang Jun.

Daripada jumlah itu, sebanyak 5,810 permohonan telah menerima bantuan menerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (​JPKK) masing-masing.

- Advertisement -

Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali, beliau tidak menyarankan rakyatnya mengangkat bendera putih sekiranya memerlukan bantuan.

Katanya, rakyat Kuala Nerus hanya perlu menghubungi pasukan kerja Pusat Khidmat Masyarakat Kuala Nerus untuk mendapatkan bantuan.

“Rakyat saya di Kuala Nerus tidak perlu angkat bendera putih, hubungi sahaja pasukan kerja saya.

“Cukuplah pasukan kami mengetahui kesusahan anda. Tugas anda ialah meminta bantuan apabila diperlukan dan tugas kami ialah membantu anda.

“Terkini kami telah menerima sebanyak 7,300 permohonan bantuan dalam masa sebulan Jun ini dan sebanyak 5,810 telah menerima bantuan mereka menerusi JPKK masing-masing,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sekiranya memerlukan bantuan, rakyat Kuala Nerus disaran menghubungi wakil Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk melaporkan kesusahan yang dialami jiran-jiran sekeliling.

Berikut merupakan talian tersedia, Dun Buluh Gading, Ustaz Yusrizal +6013-9267 731; Dun Tepoh, Yusof +6013-9287 731; Dun Bukit Tunggal, Ustaz Azzam +6019-9367 731; Dun Seberang Takir, Azmi +6019-2937 731.

Sementara itu, perantau rakyat Kuala Nerus disaran menghubungi Saudara Amir +60192917 731. – HARAKAHDAILY 1/7/2021

- Advertisement -