Kerajaan negeri bantu petani pasar hasil pertanian

Dato' Azman Nasrudin
- Advertisement -

ALOR SETAR: Kerajaan negeri melalui agensinya sedia membantu membeli dan memasarkan hasil pertanian bagi mengelakkan petani menanggung kerugian dan mengelakkan berlaku lambakan produk pertanian.

Exco Pertanian dan Industri Makanan negeri, Azman Nasrudin berkata, jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di Kedah diarah memantau dan melapor segera sekiranya terdapat petani menghadapi lambakan hasil pertanian mereka.

- Advertisement -

“Saya telah merujuk perkara itu kepada MAFI di mana petani dan pemborong dibenarkan merentas daerah atau negeri dengan syarat perlu memohon surat kebenaran mengikut sektor dan kategori masing-masing.

“Surat kebenaran boleh dimohon daripada Jabatan Pertanian, FAMA, MADA/LPP dan LKIM,” ujar beliau pada kenyataan di sini hari ini.

Katanya petani dan pemborong yang hendak memasarkan produk pertanian dikehendaki memohon surat kebenaran merentas daerah atau negeri terlebih dahulu.

Ini kerana kata beliau sektor makanan termasuk dalam kategori yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 berkuatkuasa sehingga 14 Jun ini.

Azman juga berkata, masalah itu sebelum ini dibangkit petani dan pemborong di Kedah mengenai kebenaran rentas daerah dan negeri bagi memasarkan hasil pertanian ketika PKP 3.0. – HARAKAHDAILY 3/6/2021

- Advertisement -