Sungai bukanlah ‘tong sampah’ terbuka

- Advertisement -

KUALA KRAI: Sungai bukanlah ‘tong sampah’ terbuka, tetapi adalah sebuah kehidupan yang perlu dipelihara dan dipulihara, kata Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Kuala Krai atas usaha mengadakan program Gotong Royong membersih anak sungai Kesang di Bukit Sireh sempena Hari Air Sedunia 2021 bertemakan ‘Menghargai Air’.

- Advertisement -

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak JPS yang menjemput saya untuk merasmikan program tersebut yang turut dihadiri oleh Adun Mengkebang, Muhammad Mat Sulaiman, Adun Guchil, Hilmi Abdullah dan Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Timbalan Ketua Jajahan Kuala Krai, ketua dan wakil jabatan serta pemimpin setempat.

Katanya, kesedaran perlu ditanam agar semua lapisan masyarakat mempunyai rasa sayang dan cinta kepada sungai dan air.

Tambahnya, air adalah kehidupan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Anbiya’, ayat 30 yang bermaksud: “Dan kami jadikan dari air, tiap-tiap benda itu hidup”.

Abdul Latiff juga memuji langkah pihak berkuasa tempatan di Kuala Krai sama ada Majlis Daerah Kuala Krai ataupun Majlis Daerah Dabong atas usaha berterusan menjaga alam ciptaan Allah seperti sungai, air terjun, gua dan pusat-pusat ekopelancongan berasaskan air agar terus menjadi daya tarikan kepada pengunjung bukan sahaja warga Kuala Krai bahkan seluruh negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY 30/3/2021

- Advertisement -