PN Perlis lengkap saf pimpinan negeri

- Advertisement -

ARAU: Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Perlis melengkapkan saf kepimpinan dengan pelantikan 14 ahli jawatan kuasa yang diumumkan hari ini.

Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli berkata, dengan terbentuknya jawatan kuasa tersebut pelbagai program dan aktiviti dapat dirancang dengan lebih teratur.

“Seramai 14 ahli jawatan kuasa dipilih untuk menyandang jawatan dalam organisasi PN Perlis di mana masing-masing tujuh dari PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya di sini.

- Advertisement -

Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah dipilih sebagai Naib Pengerusi 1 PN Perlis, manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis Ruselee Eizan sebagai Naib Pengerusi 2.

Jawatan bendahari disandang Izizam Ibrahim dari Bersatu, Setiausaha, Baharuddin Ahmad (PAS) dan Ketua Penerangan Abu Harith (PAS).

Ketua Pemuda PN disandang Ustaz Muhammad Azmir Azizan dari PAS dan wanita negeri diketuai Azura Adnan (Srikandi).

Di samping itu, Ahli Jawatan Kuasa negeri dipilih tiga wakil dari PAS iaitu Mohd Ridzuan Hashim, Saad Seman, Wan Hassan Ismail.

Manakala dari Bersatu iaitu Ameir Hassan, Azahar Hassan dan Aedams Mohd Reffal.

Mohd Shukri juga berkata, pelantikan secara rasmi jawatan kuasa tersebut mendapat pengesahan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa lawatan kerja ke Perlis pada 5 Mac lepas. – HARAKAHDAILY 30/3/2021

- Advertisement -