Zahir kesyukuran sempena Hari Wilayah Persekutuan

- Advertisement -


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) mengucapkan Selamat Hari Wilayah buat seluruh warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“DMPWP menghargai pentadbiran Kementerian Wilayah Persekutuan yang jelas prihatin terhadap kesejahteraan warganya,” ujar DMPWP dalam satu kenyataan sempena Wilayah Persekutuan 2021, hari ini.

- Advertisement -

Menurut DMPWP, Belanjawan Kementerian Wilayah Persekutuan 2021 baru-baru ini juga telah memperuntukan sebanyak RM95 juta buat usahawan wanita untuk memohon pembiayaan mikro kredit khas bagi kelangsungan perniagaan.

Justeru, DMPWP mengharapkan lebih banyak ruang dan peluang dapat disediakan serta dimanfaatkan bagi pembangunan wanita di Wilayah Persekutuan.

Tambahnya, iInisiatif-inisiatif seperti Wilayah Bebas Berniaga, MyFood@Wilayah, Wilayah Cakna dan terbaru, inisiatif Pembaharuan Semula Kuala Lumpur juga jelas menunjukkan keutamaan pihak pentadbir terhadap kesejahteraan rakyat.

“DMPWP turut mengambil maklum banyak program pengisian secara dalam talian yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sempena sambutan Hari Wilayah ini,” ujarnya lagi.

DMPWP turut mengajak seluruh warga Wilayah Persekutuan untuk mengisi masa yang ada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan mengikuti program tersebut antaranya Forum Perdana Ehwal Islam bermula 1 hingga 9 Februari jam 9 malam menerusi Facebook rasmi JAWI.

“Semoga sambutan Hari Wilayah Persekutuan ini dizahirkan dengan kesyukuran kepada Allah SWT atas kurniaan pentadbiran yang baik dan prihatin,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/2/2021

- Advertisement -