Datin Manis Muka meninggal dunia

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia hari ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi  Hospital Gleneagles Kota Kinabalu di sini malam tadi akibat masalah buah pinggang.

Sumber daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) Bahagian Semporna memberitahu Manis Muka, 65, meninggal dunia di hospital itu tengah hari tadi.

Advertisement

Perkara itu kemudian disahkan oleh satu hantaran Facebook untuk Media Warisan Semporna.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

“Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarhamah, semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini,” demikian menurut hantaran itu.

Terdahulu, anak Allahyarham, Fara Deeba Sabardin menerusi perkongsian dalam laman Facebooknya berkata ibunya dimasukkan ke hospital itu malam tadi. 

Manis Muka yang juga Ketua Wanita Warisan Semporna, mempertahankan kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini dengan majoriti 6,005 undi, mengatasi enam pencabarnya. – BERNAMA