Kerajaan PN disokong majoriti rakyat – EMIR Research

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga Ogos lalu kekal mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia, demikian menurut badan penyelidik, EMIR Research.

- Advertisement -

Malah, pembentukan kerajaan baharu Mac lalu diterima 55 peratus rakyat Malaysia sebagai menyelamatkan negara dan hanya 9 peratus melabel PN sebagai ‘kerajaan pintu belakang’, umum kajian itu semalam.

Secara perbandingan nyata juga, kajian memperolehi dapatan 53 peratus rakyat Malaysia menyakini Kerajaan PN dalam menyelesaikan permasalahan isu-isu nasional, dengan 7 peratus bersikap sebaliknya.

Berdasarkan geografi kependudukan pula, 67 peratus penduduk luar bandar menyokong Kerajaan PN, manakala dari segmen penduduk bandar pula gabungan baharu ini hanya memperolehi 49 peratus sokongan.

Bahkan kajian ini merekodkan 74 peratus Bumiputera Sabah dan Sarawak menjadi penyokong terbesar yang meyakini penuh kepada keupayaan Kerajaan Perikatan Nasional dalam menangani banyak isu negara.

Dari segi pecahan umur pula, EMIR Research mendapati sokongan kumpulan umur yang dibahagi kepada 31 hingga 40 tahun, 41 hingga 50 tahun dan 51 tahun ke atas menerima masing-masing 60, 62 dan 62 peratus.

Selain itu, kajian tersebut juga mencatatkan bahawa Muafakat Nasional (MN) dari gabungan PAS dan Umno menerima keyakinan 59 peratus penduduk dalam menjaga kepentingan hak-hak Islam agar terjaga.

Majoriti juga didapati meletakkan faktor kuasa politik Melayu jatuh sejak dari PRU14 yang signifikan merujuk kepada sikap-sikap melampau Pakatan Harapan (PH). – HARAKAHDAILY 3/11/2020

- Advertisement -