Laporan polis terhadap Azhar Ismail

PAGI tadi pukul 10 pagi saya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang untuk mengiringi saudara Muhammad Ikhwan Basaruddin, Ketua Penerangan PAS Kawasan Kluang untuk membuat satu laporan polis terhadap  pemilik akaun Facebook bernama Azhar Ismail. Akaun Facebook tersebut yang telah membuat naik satu gambar provokasi murahan menyerang peribadi YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang. 

Alhamdulillah, kebetulan pula pada waktu yang sama, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut berada di IPD Kluang dalam majlis penyerahan tugas kepada OCPD Kluang yang baharu. Ini kali kedua saya dapat berbual dengan Datuk Ayob Khan yang sangat saya hormati.

Advertisement

Saya turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat kepada Datuk Ayob mengenai laporan polis ini dan beliau telah meminta supaya kes ini disiasat

Sekian. 

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
7 Oktober 2020 – HARAKAHDAILY 7/10/2020