Perutusan Hari Kebangsaan MB Kelantan

- Advertisement -

FIRMAN Allah:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّـهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
Maksudnya: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. Al-Haj 41.

- Advertisement -

Tahun ini kita menyambut kemerdekaan kali ke-63 dalam suasana yang penuh erti dan makna, seluruh rakyat Malaysia bersatu padu mengharungi cabaran kehidupan dan ekonomi akibat kesan Covid-19. Semua ini adalah berkat kesatuan yang ditunjukkan oleh semua bermula dari pemimpin sehingga kepada seluruh rakyat Malaysia.

Nikmat keamanan dan kehormonian dalam masyarakat majmuk yang kita kecapi pada hari ini tidak berlaku dengan semena-mena atau dengan sendirinya. Semua yang kita kecapi hari ini adalah berkat usaha para pemimpin yang bijaksana, para ulama yang mendidik, para perajurit yang berjuang.

Menjadi tanggungjawab kita generasi pada hari ini untuk memastikan kemakmuran, keharmonian dan keamanan yang kita nikmati sehingga hari ni dapat dikekalkan dan dipelihara sebaik mungkin dengan penuh kerukunan.

Kemerdekaan juga dihayati agar kita menjadi sebuah masyarakat yang bukan hanya fizikal yang merdeka malah ia perlu dengan perubahan jiwa, minda, sikap dan akhlak.

Saya berdoa agar kita semua dapat terus hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara Malaysia bertepatan dengan tema sambutan iaitu “Malaysia Perihatin”.

Semoga Allah limpah dan kurniakan kepada kita keselamatan, kemakmuran, keberkatan rezeki, kesihatan yang baik dan segala kebaikan.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan DarulNaim.

“Merakyat Membangun Bersama Islam”

DATO’ BENTARA KANAN
USTAZ DATO’ AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan – HARAKAHDAILY 31/8/2020

- Advertisement -