DHPP Pulau Pinang gigih bantu golongan memerlukan

- Advertisement -

BUKIT GELUGOR: Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Negeri Pulau Pinang terus prihatin terhadap nasib golongan memerlukan apabila membantu meringankan beban seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) pendengaran.

- Advertisement -

Pengerusi dan Timbalan Pengerusi DHPP Pulau Pinang, K Jayaraman dan Steven Koh bersama Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Gelugor, Mazlan Pawanchik telah menziarahi Heng Kean Teik, 38 di Bandar Baru Ayer Hitam, di sini baru-baru ini.

Kehidupannya nyata tidak terurus apatah lagi diabaikan adik-beradik sendiri setelah ibunya meninggal dunia dan beliau terpaksa tinggal di rumah peninggalan ibunya itu dalam keadaan bekalan air juga telah dipotong kerana tidak mampu membayar.

Memandangkan tidak bekerja dan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan, Kean Teik hanya boleh berada di rumah dengan keadaannya itu hanya makan dan minum dari sumbangan simpati jiran tetangga.

Memandangkan kad OKU beliau juga telah tamat tempoh hingga menyebabkan tidak menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak DHPP telah menbawa beliau memperbaharui status tersebut dengan JKM.

Jayaraman dan Steven serta Mazlan turut memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban pemuda ini selain sedang berusaha mencarikan untuknya pekerjaan yang bersesuaian. – HARAKAHDAILY 6/6/2020

- Advertisement -